
Anonymous
4 tahun
Terlalu kerap sendawa
Saya wanita umur dlm awal 30 an. Saya ada masalah selalu sangat sendawa setiap saat asyik sendawa tak selasa sangat. Saya memang ada masalah gastrik.adakah ia berpunca dari masalah gastrik yang saya alami?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Perut kembung juga disebut sebagai bloating, iaitu gejala perut yang dirasakan penuh dengan angin. Masalah kembung perut biasanya adalah berpunca daripada angin atau air memenuhi perut. Walaupun ia seringkali berpunca daripada tabiat pemakanan atau makanan yang kita ambil, namun masalah kembung perut ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti masalah sistem pencernaan yang lebih serius.
Cara mengatasi Perut Kembung antaranya adalah:
Perubahan gaya hidup:
Dalam banyak kes, gejala-gejala kembung perut boleh dikurangkan bahkan dicegah dengan mengamalkan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah seperti menurunkan berat badan.
Untuk mengurangkan udara terlalu banyak ditelan, anda boleh:
- Elakkan mengunyah gula-gula getah.
- Hadkan pengambilan minuman berkarbonat.
- Elakkan makanan yang menyebabkan gas, sayur-sayuran seperti dalam keluarga kubis, kacang kering, dan lentil.
- Makan perlahan-lahan dan elakkan minum menggunakan straw.
- Gunakan produk tenusu tanpa laktosa (jika anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa).
- Probiotik juga boleh membantu dengan menambah bakteria baik dalam usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.