
Sulit
4 tahun
Terlepas period 3 minggu.Keluar darah yang banyak hanya dalam masa 36 jam dan mempunyai simptom seolah mengandung
Saya wanita berumur 30 tahun dan sudah berkahwin 6 bulan yang lepas. Pada bulan 6hb Mac adalah waktu kitaran haid saya yang normal.Pada awal bulan April pula saya mengalami keluar darah bewarna coklat dan sedikit hanya 4 hari (berlaku seminggu sebelum sepatut waktu period).Sepanjang bulan ini saya memgalami juga simptom mengandung seperti loya,muntah dan pening setiap minggu.Sampai sudah 3 minggu period saya lewat dan saya check upt adalah negatif. Kemudian keluar darah yang banyak hanya 36 jam sahaja dan selang 1 hari keluar bewarna coklat. Adakah ini darah period saya atau ada berkaitan dengan darah mengandung? Boleh doktor jelaskan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala lendiran atau tompokan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba disertai dengan pengeluaran darah yang banyak boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.