Sulit
5 tahun
Termakan ybat cacing semasa hamil. Takut diri sedang hamil kerana sudah 3 bulab tidak datang haid
Saya dah 3 bulan tak datang haid. Saya risau saya hamil. Saya belum cek lagi. Apa kesan bila termakan ubat untuk penyakit cacing/untut/kaki gajah semasa hamil? Saya dah 3 bulan tak dtang haid dsn t
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang kesan ubat cacing terhadap kandungan jika anda hamil kerana saya memerlukan maklumat lengkap ubat tersebut. Tanpa maklumat tersebut, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

























