
Sulit
4 tahun
Tertinggal makan Pil perancang dan khuatir mengandung
Hai doktor,
Saya makan pil perancang mercilon seperti biasa pada hari ke 5 period…setelah makan pil ke5 sy ada melakukan hubungan bersama suami…dan dalam tempoh selepas 24jam saya ada mengambil postinor…selepas makan pil hari ke 12 saya lupa nk makan pil…tetapi sy ada mkn pil tersebut selepas teringat…akan tetapi sy sekali lagi terlupa nak makan pil ke13…sy telah gantikan makan pil tersebut sebaik teringat kurang 12jam dr waktu kebiasaan makan…adakah kebarangkalian sy mengandung…selepas berhubungan kali pertama…sy tidak pernah lagi mengulangi hubungan bersama suami…
Persoalannya sekarang…sy seperti ada simptom awal mengandung seperti sakit kepala dan mual…juga terdapat tompokan sedikit darah…sedangkan saya belum sampai waktu period…tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda terlupa makan satu pil perancang. Pil perancang ini sangat berkesan sehingga 99% sekiranya diambil setiap hari tepat pada masanya. Namun, mengambil kira faktor manusia yang mudah lupa keberkesanan ubat ini untuk mencegah kehamilan adalah 91%. Dapat anda lihat peratusan yang diberikan bukannya 100% kerana sentiasa ada ruang untuk yang kita tidak dapat jangka dan di luar kawalan manusia.
Justeru, untuk menjawab soalan anda, risiko untuk anda hamil itu ada namun tinggi atau tidak saya tidak pasti. Hal ini kerana ada tidak pasti bila anda terlupa mengambil pil tersebut serta ada atau tidak anda mengadakan hubungan kelamin dengan suami dalam tempoh anda lupa mengambil pil tersebut.
Nasihat saya, anda boleh dapatkan apps di handphone yang boleh mengingatkan anda untuk mengambil pil. Atau munkin mencuba cara perancang keluarga yang lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lajut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.