
Sulit
2 tahun
Test kencing manis untuk ibu mengandung
hello doktor…sy nk tanye blh ke check kencing manis dgn strips yang expired…tepat ke bacaan dia…berapakah bacaan kecing manis normal untuk ibu mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman, pemeriksaan menggunakan barang yang sudah lanjut tarikh luput adalah tidak boleh kerana ia akan memberi kesan kepada bacaan. Untuk bacaan gula dalam darah, sekiranya keputusan lebih dari 5.1 mmol/L ketika puasa atau lebih dari 7. mmol/L ketika tidak berpuasam diagnosis diabetes ketika hamil akan diberikan kepada ibu mengandung.
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.