
Sulit
4 tahun
Test negatif tetapi tidak period
saya test upt dan negatif, setrusnya saya minum air asak kunyit bagi melancarkan haid tetapi masih tidak period . di kotak tersebut ada mengatakan air ini perlu dielakkan oleh wanita hamil. kalau upt negatif dan saya minum air tu tetApi haid tidak turun apakah tandanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat. Untuk makluman anda juga, anda tidak digalakkan untuk mengambil supplemen atau produk yang menyatakan bahawa anda akan datang haid setelah menggunakannya. Hal ini kerana produk-produk ini boleh membawa kesan sampingan dan tidak terbukti keberkesanannya. Sekiranya anda mempuyai kemusyikilan tentang kesihatan anda, jumpalah dengan doktor terdekat untuk membincangkannya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.