Sulit

3 tahun

Testis terasa senak disebelah kiri

Saya seorang lelaki yg berusia 21 tahun Dan saya mengalami rasa senak di testis kiri.Saya pon tidak dapat nk pastikan punca rasa senak tu sebab bila saya pegang testis saya,tiada rasa sakit pon dan testis saya tidak mengalami apa2 perubahan seperti bengkak tapi rasa senak tu jd sepanjang masa cuma ia berkurang dan bertambah ikut posisi kedudukan saya.Dulu pon slalu rasa senak begini tapi tak lama dan ia akan hilang tetapi kali ni agak lama.Saya juga telah melakukan pemeriksaan di klinik dan doktor cakap testis saya tiada ciri2 kanser testis kerana ia lembut dan tidak mengalami bengkak.Doctor tersebut telah memberikan antibiotic kerana dikhuatiri jangkitan kuman tetapi mcm tiada perubahan setelah tiga hari.Saya jadi tertanya-tanya apakah penyakit yg saya sedang alami ini?

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan tentang sakit anda. Saya fahami kerisauan yang anda alami dan saya akan cuba untuk membantu anda.

Sakit di bahagian testis boleh berlaku di sebelah kanan atau kiri atau kedua duanya. Sakit sebegini juga boleh jadi secara akut atau kronik yang berpanjangan. Terdapat pelbagai sebab sakit testes terutamanya di bahagian kiri antaranya :

  • Varicocele : ia berlaku apabila salur darah venus dalam testes membesar dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian testes. Penyakit ini biasanya berlaku pada dewasa yang berumur lingkungan 15-25 tahun.

  • Keradangan testes : juga dikenali sebagai orchitis, ia boleh terjadi akibat jangkitan bakteria atau virus. Simptom lain keradangan testes adalah kemerahan, bengkak dan sakit apabila disentuh.

  • Spermatocele : pembentukan bendalir atau sista (cyst) di dalam salur yang membawa sperma. Sekiranya sista yang terbentuk adalah kecil ia tidak akan memberikan simptom namun sekiranya ia membesar pesakit akan mengalami sakit pada bahagian testes.

  • Saluran sperma terbelit : atau testicular torsion adalah satu kondisi yang sangat membimbangkan apabila saluran sperma terbelit dan menghalang saluran darah ke testes. Sekiranya tidak dirawat dengan segera pesakit akan kehilangan fungsi testes yang terlibat.

  • Trauma : testis merupakan organ yang mudah tercedera ketika bersukan. Kantung testis bahagian kiri pula berada lebih bawah daripada kanan dan menjadikan ia lebih mudah untuk tercedera.

  • Kanser testis : bengkak dan sakit pada testes boleh berpunca daripada kanser. Pemeriksaan oleh Doktor diperlukan untuk mengesahkan status kanser ini.

Pakar Urologi boleh membantu anda untuk masalah sakit bahagian testes !

Terdapat beberapa langkah yang dicadangkan untuk menghalang kesakitan pada bahagian testis anda daripada terus berlaku. Antaranya :

  • Memakai pakaian yang longgar dan selesa
  • Mengamalkan hubungan seks yang sihat dan selamat
  • Membuat pemeriksaan testis secara berkala di rumah
  • Mengosongkan pundi kencing sepenuhnya ketika membuang air kecil

Setiap penyakit yang meyebabkan anda sakit di bahagian testis memerlukan rawatan yang berbeza, saya mencadangkan anda untuk menghabiskan antibiotik yang dipreskripsi oleh doktor anda. Anda juga boleh berhubung dengan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan diagnosis yang terperinci dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.

AdobeStock_98323105

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)