
Sulit
4 tahun
Tidak datang bulan 5 bulan ttpi hasil upt ttap sma negative
saya sudah 5 bulan…dua kali.sudah beli upt tpi hsil nya sma negative…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lambat dan tidak datang pada waktunya. Untuk makluman anda, masalah haid lambat biasanya disebabkan oleh:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui masalah sebenar anda. Sekiranya masalah haid anda berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klin ik bagi mengetahui keadaan sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.