Sulit
4 tahun
Tidak datang bulan lebih dari 3 bulan berturut-turut dan kerap sakit kepala,dada dan tulang belakang serta pinggang
Hai,saya berumur 26tahun dan mempunyai masalah tidak datang bulan,period saya memang tidak teratur dari sebelum berkhawin,kebiasaannya 2bulan sekali dan paling lambat ialah 3bulan sekali,akan tetapi selepas berkahwin dan melahirkan anak,period saya menjadi semakin lambat,pada tahun lepas saya tidak datang bulan selama [email protected] sudah beberapa kali membuat ujian air kencing(pregnancy test) tetapi negative.Saya mengalami senggugut,sakit dada dan tulang belakang serta pinggang seperti hendak datang bulan tetapi tidak datang bulan,saya juga kerap sakit kepala.Boleh saya tahu apa pilihan perubatan yang saya perlukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda yang sedang mengalami haid lewat serta sengugut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sengugut (dysmenorrhea) boleh dikategorikan sebagai primer dan sekunder. Sengugut primer biasanya berlaku antara 6-12 bulan daripada akil baligh. Sengugut sekunder biasanya dilihat di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Ia berlaku disebabkan oleh patologi di rahim dan pelvis.
Antara punca sengugut yang biasa dilihat adalah :
- Penyakit endometriosis
- Sista Ovari atau ketumbuhan pada ovari
- Fibroid
- Penyakit radang pelvis
- Penggunaan alat pencegah kehamilan seperti IUCD
Sebelum pilihan perubatan boleh dibuat, anda perlu menjalani beberapa ujian terlebih dahulu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























