Anonymous
6 tahun
Tidak datang bulan selama 2bulan
Saya seorang isteri,surirumah. saya farah,berumur 28…sudah berkahwin selama 7bulan…
10.04.2019, sy dah 12hari lewat datang bulan.sy buat ujian upt,dapat clear untuk “C” dan blurr untuk “T”…
14.04.2019, sy masih belum datang bulan. sy check upt skli lg,tapi masih kabur tapi lebih jelas dari 10hb. waktu tgh hari,hari yg sama, sy mengalami cramp dibhgian sekitar pinggang sehingga belakang…hinggakan sy nangis dan tak boleh bergerak…selang hampir stgh jam,sakit mulai kurang…tp seluruh badan saya lemah… dan keluar cairan coklat pekat dan sedikit darah…tp lpas tu dah takde apa2,pad pun bersih…
tp bila pagi ni,sy buang air,keluar mcm tisu2 yg hancur dan berdarah…
Hingga ke hari ini saya belum datang bulan dan hasil upt negatif.saya dah lakukn ultrasound pada 16 april,tapi negatif.
boleh sy dapat kn penjelasan,adakah sy alami keguguran tau itu adalah normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
























