
Anonymous
5 tahun
Tidak datang bulan selama 3 bulan
Saya 16 last period 28/4 . And saya try pregnant test clear blue pada 13/6 myatakan saya pregnant . Jd btulke saya prgenant

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pada umur 16 tahun, terdapat beberapa punca haid datang lewat selain daripada kehamilan seperti:
- Stress (fizikal dan emosi)
- Penyakit tiroid
- Hiper-prolaktinaemia
- Sindrom Polisistik Ovari
Anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah penggunaan alat ujian kehamilan dengan betul bagi mengelakkan jawapan yang salah. Sekiranya anda masih ragu-ragu anda boleh bertanya kepada kami secara privasi di link (DoctorOnCall) kerana maklumat tambahan diperlukan untuk mengenalpasti punca permasalahan ini. Privasi anda kami hormati. Terima kasih.