
missfana92
5 tahun
Tidak datang bulan selepas keguguran
hi doc, sy ad mslh haid. sy last haid pd 7.9.19 tp slps itu sy didapati mengandung. upt di buat pada 29.10.19 didapati adalah positive. tetapi kandungan tidak menjadi dan sy telah mmbuat DNC pada 17.12.19… sblm ini sy mmg mmpunyai masalah haid yg tak menentu. skrg pn sy blm dtg haid lg slps kgguran. minta pndpt u doc, sy sgt rungsing dn tertekan utk masalah ini. terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid tidak teratur, keadaan ini dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.