
husnazahara105
6 tahun
Tidak datang haid 2 bulan tetapi upt negative
Saya wanita berumur 25tahun dan sudah berkahwin. Saya tidak datang haid dah 2 bulan 1hari. Last period date 20 march 2019, dah pergi klinik doctor buat pregnancy test tapi negative. Dah 7bulan kahwin tapi masih belum pregnant. Lately ni ada keputihan cair tidak melekit sangat berwarna jernih keluar dari vagina (4days already). Haid tidak teratur since January. Jan period date (3 jan 2019), feb period date (9 feb 2019), march period date (20 march 2019) then until now tak datang haid. Im not having period pain yang teruk every time i datang haid. Quite curious what’s happening. I tak tahu nak pergi check kat hospital macam mana, kat bahagian mana… Please help me

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.