
Anonymous
6 tahun
Tidak datang haid 5 bulan
saya wanita 20’an , tidak datang haid hampir 5 bulan , selepas haid terakhir pada bulan 12 tahun lepas . Saya tidak mengandung tapi pelik bila dah period hmpir 5 bulan, kadang kadang saya rasa sakit punggung dan perut bahagian kanan, bolehkah saya tahu apakah saya ada mengalami sakit apa apa ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunyai pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih