
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid dah 1bulan lebih
saya umur 17tahun , ada masalah tidak datang haid selama satu bulan , jadi apa yang perlu saya buat ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan hingga hari pertama pendarahan pada bulan berikutnya. Kitaran haid purata adalah kira-kira 28 hari, tetapi pada remaja seperti anda, kitaran haid 21-45 hari juga masih normal. Ia mungkin mengambil masa 6 tahun atau lebih selepas haid pertama sebelum kitaran haid anda mulai teratur setiap 28 hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.