
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid hampir 2 tahun
Saya seorang gadis lingkungan umur 20an. Saya merupakan penuntut universiti. Sudah hampir dua tahun haid saya tidak datang iaitu bermula pada sem 3 sehingga sekarang, sem 6. Sejak zaman sekolah, haid saya akan delay atau tak datang jika saya berada dalam keadaan stress seperti ketika berada di tingkatan 6. Namun setelah habis tingkatan 6,haid saya kembali normal. Sehinggalah saya belajar di universiti. Saya mempunyai berat badan berlebihan (160cm , 95-100kg). Saya tahu ini tidak normal tapi saya takut dan malu nak berjumpa dengan doktor. Ketika cuti sem yang agak singkat (3 minggu lebih), saya bersenam 3 atau 4 kali seminggu tapi masih tiada tanda haid saya akan datang. Namun, sekitar tarikh yang hampir sama setiap bulan atau setiap dua bulan, saya sering merasakan sakit pinggang dan senggugut tapi masih tiada darah keluar. Saya stress fikir kenapa tak keluar tapi saya rasa sakit tu. Atau mungkin cuma perasaan saya. Saya taktahu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.