
Anonymous
6 tahun
Tidak datang haid pada waktu nya
Assalammualaikum…sy eza… Sy nak tanya…adakah amik ubt antiobatik…boleh menyebab kan haid datang lambat…? Saya sepatutnya…datang haid pada 26 hb …xpenh lewat…kalau awal pon…awal sehari mcm tu…so smpi harini saya xdatng haid lagi…dah 5 hari…tapi pada 26 hb…sy ada beli test pregnant utk cek…tapi negatif. So sekarang…mcmana ye dokter…adakah di sebabkn ubt antibiotik sy.ambil tu…sbb smngu sblm minggu sy dtg haid.sy ade makan ubt antiobatik…sbb tonsil sy bengkak besar…doktar boleh bantu sy…trima kasih dokter…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sesetangah ubat antibiotik boelh memberikan kesan sampingan kepada kitaran haid dan menyebabkan haid lewat. Selain itu, haid lewat juga boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!