
Sulit
4 tahun
Tidak datang period bertahun
Saya wanita berumur 24 tahun (1/1/2021) masalah yang saya hadap ialah tidak datang period selama dua tahun setengah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid selama dua tahun setengah. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!