
Sulit
4 tahun
Tidak datang period hampir 3 bulan
saya wanita berusia 29 tahun dan belum berkahwin … bolehlah saya tahu antara punca period saya tidak datang sudah hampir 3bulan dan cara mengatasinya…ini adalah kali pertama perkara seperti ini terjadi pada saya sejak kali pertama say

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid hampir 3 bulan. Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dipengaruhi oleh kenaikan dan penurunan kadar hormon dalam badan seorang wanita. Kitaran haid yang tetap dan teratur menandakan organ tubuh berfungsi dengan baik. Namun, secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid lewat sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Haid lewat adalah apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 40 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan -jika sudah berkahwin/ pernah terlibat dengan aktiviti seksual
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!