Sulit
5 tahun
Tidak datang period lambat melebihi 5 bulan
Hye doktor… Saya far… Saya nak tanya mengenai masalah period saya… Period saya sudah 7 bulan tidak datang… Adakah ianya boleh dikatakan penyakit cyst atau macam mana?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, terdapat pelbagai perkara selain cyst yang boleh menyebabkan hal ini berlaku. Kami memahami kebimbangan anda kerana haid anda sudah lewat selama 7 bulan. Kami memerlukan info dan maklumat tambahan dari anda supaya kami boleh mengenalpasti dengan tepat mengapa haid anda lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























