Sulit
5 tahun
Tidak kedatangan haid selama seminggu berserta sakit bahagian pinggul kebawah
Salam… Ma sy ingin bertanya sy tidak haid suruh masuk seminggu… Soalan sy sejak kebelakangan ini saya juga sllu sakit pinggul dan kebawah… Untuk pengetahuan sy telah berkahwin dan saya telah membuat ujian kehamilan dan keputusan nya negetif… Ujian yg dilakuakan adalah ketika sy lewat haid 4 hari… Mohon penerangan dari doktor ya… Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 7 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























