
Sulit
4 tahun
Tidak memakai face mask
Adakah saya berisiko untuk dijangkiti korona covid-19 jika saya tidk memakai face mask semasa keluar kemana-mana tmpt?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Untuk makluman anda, topeng muka tersebut berfungsi untuk menapis udara yang anda hirup yang mungkin mengandungi titisan air daripada bersin atau batuk dan mengandungi virus COVID-19. Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
- Bersin ataupun batuk.
- Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
- Sentuhan seperti bersalaman.
- Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
- Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Oleh itu, risiko untuk terkena jangkitan ini sememangnya ada apabila anda ke tempat awam yang banyak orang dan tidak mengamalkan langkah berjaga-jaga. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.