
alianami95.an
5 tahun
Tidak mengalami pening
Saya 25 tahun baru berkahwin. Period saya 1 bln sudah tidak datang dan saya cek pregnancy test ct menunjukkan tanda merah menyala dan Pink pudar. Apakah ia menunjukkan positif atau negatif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab ujian UPT kabur antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy
Namun untuk pengesahan sama ada anda hamil atau tidak, pemeriksaan Ultrasound perlu dilakukan. Seandainya mahukan kepastian sebelum scan, sebaiknya anda mengulang kembali ujian air kencing tersebut. Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Sila rujuk link ini (Ujian Kehamilan) untuk melihat panduan menggunakan alat uji kehamilan.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih