
Sulit
4 tahun
Tidak pasti benar-benar melakukan hubungan atau tidak
Saya melakukan hubungan seks tetapi tidak pasti sama ada zakar dan air mani suami saya benar-benar masuk vagina atau tidak. Jadi perlukah saya mengambil emergency pill? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kesihatan seksual.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda tidak pasti samada ejakulasi suami berlaku di dalam atau di luar dan anda ingin mengelakkan kehamilan berlaku, tiada halangan untuk anda mengambil pil kecemasan dengan segera. Anda boleh bertanyakan doktor di klinik atau ahli farmasi untuk memilih pil yang sesuai untuk anda. Sila ikuti arahan pengambilan pil tersebut kerana ia amat penting bagi memastikan pil itu berhasil.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Terdapat juga cara lain yang anda boleh cuba untuk menghalang kehamilan pada masa akan datang:
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.