
Sulit
4 tahun
Tidak period dah berbulan
Saya syafiqah , berumur 19 tahun . Saya tidak datang period setelah sekian lama . Dalam tempoh 7 atau 8 bulan . Benda ini terjadi dari umur 15 / 16 tahun . Hingga sekarang apabila saya berjumpa doktor , mereka mengatakan ini adalah normal untuk remaja . Setiap kali saya nak period , saya perlu datang ke klinik untuk ambil ubat period . Selepas dah makan dan period pada bulan seterusnya saya tk period lagi . Saya sudah berjumpa pakar di hospital besar . Mereka mengatakan saya tiada apa apa masalah . Rahim saya dalam keadaan baik tapi saya masih keliru kenapa period saya tak teratur macam wanita lain . Saya hanya risau kalau nanti saya akan penyakit / sesuatu yang serius . Cnthnya : cancer ovari atau mandul .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Remaja dan wanita perimenopaus sering kali mempunyai masalah haid yang tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini mengganggu anda dan ia memerlukan perhatian.
Kami juga sarankan anda untuk merekod kitaran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya dapat menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh lakukan perkara ini sebagai usaha untuk mengembalikan haid anda:
- Mengurangkan berat badan sekiranya berat badan berlebihan
- Mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam
- Makan pemakanan yang sihat dan seimbang
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.