Sulit
5 tahun
Tidak Period Lama dan Cramp Dari pinggang hingga ke betis (kaki kanan sahaja)
Saya Wanita berumur 21 Tahun. saya sudah tidak datang bulan hampir 6 bulan (tak ingat last bila). apa punca dan apa yang saya perlu buat? dan lagi satu, sekarang saya tengah menanggung sakit (cramp) daripada pinggang hingga ke betis. tetapi kaki belah kanan sahaja. Boleh saya tahu punca nya? dan rawatan apa yang perlu saya buay dengan masalah sakit yang saya hafapi ni? Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tidak datang haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Dalam banyak kes, masalah otot kejang adalah tidak berbahaya. Walaupun kebanyakan kekejangan otot tidak diketahui penyebabnya, beberapa daripadanya mungkin berkaitan dengan keadaan perubatan yang mendasari, seperti bekalan darah yang tidak mencukupi. Selain itu, masalah kejang yang anda alami, ianya boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan otot yang berlebihan
- Dihidrasi
- Ketegangan otot
- Berada dalam posisi tidak selesa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas puncanya diketahui barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























