
Sulit
4 tahun
Tidak period lebih 60 hari
Saya baru berkahwin pada hujung tahun lepas. Saya tidak datang bulan sekitar 79 hari. Kalai terakhir bersama adalah 2 hari sebelum saya dtg bulan pada bulan 1 dan kami ldr tetapi sekarang saya tidak datang bulan tapi saya perasan ada perubahan pada perut saya kerana semakin membesar. Tetapi saya anggap itu lemak ataupun buncit kerana saya kuat makan kebelakangan. Tetapi apabila check upt, negative. Adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.