
Sulit
5 tahun
Tidak period selama 63hari
Hi doctor, umur saya 21 tahun, dan bulan last saya period adalah pda bulan june, bulan june saya period 2x , duration period selama 5hari. Sehingga sekarang saya masih belum period, saya ada lakukan hubungan seks dengan teman lelaki, tapi kami lakukan perkara itu dengan menggunakan protection. Beberapa hari ini perut saya dibahagian bawah perut mulai sakit. Seperti memulas atau cramp. Mcm nak period. Saya sudah check pregnancy test banyak kali dan dia menunjukkan result negative. Boleh doctor tolong saya utk jwab masalah saya ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.