
Sulit
4 tahun
Tidak pernah keluar air mazi ketika bangkit syahwat ketika sedar dan hanya keluar kadang-kadang ketika tidur tanpa disedari dan bangun dari tidur sudah keluar
Saya ingin bertanya, jika seseorang itu sudah berumur 20, namun selama hidupnya dia tidak pernah klmerasa keluar air mazi ketika bangkit syahwat ketika sedar dan hanya keluar air mazi kadang-kadang ketika tidur tanpa disedari adakah ini satu masalah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja, iaitu tanpa berasa ada tarikan seksual, air mazi atau air mani tetap keluar. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan samping ubatan
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Air mazi yang keluar bukanlah penyakit, tetapi merupakan keadaan normal yang dapat dikontrol dengan mengenalpasti aktiviti yang boleh merangsang anda dan mengelakkan diri dari berlebihan melakukan aktiviti tersebut.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih