
Sulit
3 tahun
Tidak puas ketika tarik nafas
Salam, saya lelaki berumur 34 tahun mengalami kesukaran bernafas ketika awal perlaksaan PKP. Saya terus ke hospital pada malam hari di bhgian kecemasan dan doktor telah menyatakn bahawa saya telah mengalami bengkak tonsil dan hidung tersumbat. Saya diberi ubat Prednisolone 5mg dan Chlorpheniramine 4mg. Setelah itu, saya rasa selesa bernafas hanya seminggu sahaja. Kemudian, pada 9/4/20, hidung terasa tersumbat kembali dan saya ke klinik kesihatan berdekatan, dan tanpa diperiksa, doktor menyatakan saya berkemungkinanan mengalami rhinitis, dan doktor memberikan ubat loratadine, tetapi tetap tidak menyelesaikan masalah saya. Saya lagi sekali ke klinik (swasta) pada 17/4/20 dan doktok mendiskripsi ubat Dechloramine, antibiotik (tonsil saya bengkak semula) dan ubat surut bengkak akan tetapi sehingga sekarang saya tetap terasa penat untuk bernafas dan kadangkala terpaksa menunduk utk ambil nafas guna mulut. Badan juga terasa lemah…apakah masalah yg saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Masalah psiakitri seperti panic attack
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.