
Sulit
5 tahun
Tiroid - Berat badan naik mendadak selepas pengambilan ubat
Saya wanita berumur 30an merupakan pesakit tiroid sejak 5 bulan yang lalu. Sejak saya mula makan ubat tiroid iaitu Camazol Carbimazole & Propanolol berat badan saya naik mendadak 5kg dalam masa 3 bulan. Adakah ini kesan sampingan ubat tersebut? Adakah ubat lain untuk tiroid yang tidak menyebabkan berat badan bertambah? Jika tidak apa yang perlu saya lakukan untuk mengawal berat saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemberian ubat tiroid haruslah didasarkan kepada kadar hormon anda. Justeru, sebaiknya anda membincangkan hal ini dengan doktor anda agar ubat dapat digantikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.