Sulit
2 tahun
Tompok coklat berpanjangan
Hai. Sy berusia 25 tahun Dan telah berkahwin. Saya sepatutnya haid pada 6 April. Tp haid saya tidak dtg pd trikh tu, sebaliknya dtg pd tarikh 16-18hb. Tp pada tarikh 16-18hb tu, darah yg keluar tidak konsisten. Kadang ada kadang tidak. Dan ada 1 hari, keluar tompok darah lemah yg hanya keluar pd waktu itu sahaja. Selepas itu memang tiada. Kemudian selepas itu setiap hari ada tompok coklat Dan keputihan yg agak banyak Dan gatal keluar dari faraj.
Boleh doc jelaskan apa masalah saya? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan coklat yang sedikit. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gejala ini boleh berlaku, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Risau dengan masalah pendarahan coklat? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda .
Mengenai keputihan dan kegatalan yang anda alami, ia boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar gejala ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih