Sulit
4 tahun
Tonsil bengkak positif covid 19
saya berusia 17 tahun dan saya merupakan pesakit positif covid saya mengalami simptom sakit tekak yang teruk. apabila saya cuba menelan sesuatu tekak saya rasa sangat pedih dan seperti ada benda yang mecucuk.saya sudah makan ubat lozenges tapi sakit semakin teruk. apa yang boleh saya lakukan doktor .saya tak boleh tidur waktu malam sebab rasa yang sangat sakit. apa yang boleh saya lakukan doktor
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih utnuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah tonsil jarang dilaporkan dalam pesakit COVID-19. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































