Sulit
4 tahun
Tonsillitis (tidak pasti)
Saya berumur 26 tahun. Selama ini saya mengalami masalah tonsil yg besar dan sering terjadi baru batu putih di tonsil saya disebabkan tonsillitis. Tetapi apabila diberi antibiotik masalah akan ok. Sejak akhir ini, saya mengalami lendiran ditekak yg banyak. Namun setalah saya membuang lendir tersebut masih ada dan banyak menyebabkan saya susah tidur, bernafas mahupun menelan dan menjalani aktiviti biasa. Saya sentiasa memeriksa tekak saya di depan cermin dan pada harini saya dapati terdapat bengkak di dalam tekak saya yg berwarna putih seperti batu tonsillitis yg berada di tonsil saya cuma ini lebih besar. Adakah ini serious?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
- hyperplasia/hypertrophy- pembesaran tidak normal tonsil
Memandangkan gejala ini telah berlangsung lama serta menggangu pernafasan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.