
nadhiahharmain
4 tahun
Travocort pada baby 2 bulan
Hi doc. Anak saya naik ruam-ruam dimuka, leher, lengan & peha. Even dekat bontot dia pun ada. Bolehkah sapu cream travocort pada area yang beruam tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah ruam biasanya boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada material pakaian
- Ekzema
- Ruam susu
- jangkitan kulat
- Jangkitan kulit akibat bakteria
- dermatitis
- jerawat bayi akibat hormon
Untuk makluman anda, krim tersebut ialah krim yang mengandungi antikulat. Jika anak anda mengalami ruam akibat antikulat ia boleh digunakan. Namun, masalah ruam pada bayi bukan hanya disebabkan kulat semata-mata. Punca lain harus dikenalpasti dan dikecualikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang bayi anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.