
Sulit
4 tahun
Ttangan & kaki kebas
Saya wanita berumur 31 tahun. Sudah berkahwin. Anak seorang. 2 minggu nie saya rasakan kaki & tangan saya mengalami kebas secara tiba2. Apa yang terjadi pada saya ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas pada bahagian anggota badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Akibat saraf terkepit
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
- Masalah saluran darah
Memandangkan gejala ini telah berlangsung untuk 2 minggu dan dapat menganggu aktiviti harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.