
Sulit
2 tahun
Turun berat badan tanpa diet
Saya perempuan berumur 21tahun. Sy nak tny tntg masalah yg sy hadapi skrg di mana berat badan saya menurun dpd 51kg kpd 46kg dalam masa 5bulan tnpa diet. Sy risau sekiranya sy mmpunyai masalah kesihatan yg lain. Dan bulan 7 yg lepas, hampir 3kali sy mengalami cirit birit yg teruk , dan slps tu sy mudah sakit perut seminit lepas makan. Jd apa pendaoat dktor ye?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penurunan berat badan sebegitu tidak drastik dan ini mungkin diakibatkan oleh stres, pertukaran masa pemakanan atau kalori makanan anda ambil adalah kurang daripada kalori diperlukan dalam aktiviti seharian.
Cirit-birit tersebut mungkin disebabkan oleh keracunan makan dan ianya boleh menyumbang pada keturunan berat badan.
Untuk memahami situasi dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.