emmaidris

5 tahun

Ubat antibiotik untuk gonorea

hi doc. sblm ni saya menghadapu gonorea dan telah pergi ke klinik untuk mendapatk. rawatan…tp saya terkena jangkitan itu sekali lg…saya yakin bahawa saya dan pasangan saya kini menghidapi penyakit yg sama namun agak sukar untuk mendapatkn ubat antibiotik d farmasi…blh bantu saya doc?

Salam Sejahtera! Terima kasih untuk soalan anda.

Sebelum saya memberi penjelasan yang lebih lanjut berkaitan masalah gonorea yang anda hadapi, ingin saya member sedikit maklumat tentang gonorea. Bagaimana jangkitan-jangkitan seksual merebak? Mereka tersebar melalui cecair di dalam badan. Kebanyakan jangkitan dikongsi semasa seks faraj, oral atau dubur.

Untuk pengetahuan anda, hanya doktor boleh mendiagnosis penyakit STD seperti gonorea. Mereka akan bertanya soalan peribadi mengenai sejarah seks anda serta melakukan ujian tertentu. Adalah sangat penting untuk bersikap jujur ​​supaya anda boleh mendapatkan bantuan.

Susulan daripada itu doktor akan merancang jenis rawatan yang diperlukan. Gonorea boleh dirawat dengan suntikan ceftriaxone (Rocephin) pada lengan tangan atau dengan cefixime (Suprax) sejenis ubat makan. Antibiotik lain juga boleh digunakan. Anda tidak boleh mendapatkan ubat antibiotik daripada farmasi kerana ubatan sebegini memerlukan preskripsi doktor.

Anda mensyaki pasangan anda menghidapi penyakit yang sama. Justeru, saya cadangkan untuk kamu berdua mendapatkan ujian darah yang selengkapnya daripada klinik atau hospital supaya anda boleh dirawat dengan sewajarnya.

Hai, terima kasih kerana bertanya.

Gonorrhea merupakan sebuah penyakit yang berpunca daripada Neisseria gonorrhea yang mana ianya boleh berjangkit melalui jangkitan seksual ataupun jangkitan daripada seorang ibu kepada anaknya ketika proses melahirkan anak. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti oleh penyakit gonorrhea ini tidak menunjukkan sebarang simptom.

Namun jika ada, bagi lelaki mereka akan mengalami kesakitan ketika membuang air kecil, discaj cecair daripada kemaluan dan kesakitan pada bahagian testis. Bagi wanita pula, mereka akan mengalami kesakitan ketika membuang air kecil, discaj cecair daripada faraj, pendarahan ketika waktu bukan kebiasaan waktu keluar haid dan kesakitan pada bahagian pinggul atau pinggang. Pesakit juga akan berasa mudah penat sepanjang hari.

Jika ianya tidak dirawat, kesan sampingan yang boleh berlaku ialah pelvic inflammatory disease apabila jangkitan tersebar ke serata bahagian kemaluan wanita dan pada lelaki pula, penyebaran jangkitan kepada saluran reproduktif lelaki iaitu pada bahagian epididymis. Sekiranya melarat, jangkitan boleh semakin tersebar ke bahagian sendi-sendi dan injap di dalam jantung.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Gonorea adalah jangkitan pada alat kelamin lelaki atau perempuan yang disebabkan oleh bakteria bernama Nisseria Gonorrhoea. Bakteria ini menyebabkan simtom seperti keluar cecair seperti nanah dari zakar atau faraj, mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan serta masalah tidak selesa ketika membuang air kecil. Kadang kala, jangkitan ini merebak ke bahagian pelvis bagi wanita atau rectum bagi kedua jantina. Mata dan tekak juga boleh dijangkiti terutamanya bagi pasangan yang melakukan hubungan seks secara oral.

Rawatan bagi masalah jangkitan gonorea adalah antibiotik. Namun begitu pemeriksaan oleh doktor dan ujian terhadap cecair nanah yang keluar dari alat kelamin adalah perlu bagi memastikan anda dijangkiti gonorea dan bukan jangkitan lain. Jangkitan gonorea juga boleh merebak ke organ lain seperti pelvis dan boleh memburukkan keadaan jika tidak dirawat.

Ujian untuk mengetahui antibiotic yang paling sesuai memusnahkan bakteria ini juga adalah diperlukan kerana terdapat jenis bakteria ini yang kebal terhadap sesetengah antibiotik. Anda dinasihatkan agar mengambil antibiotic mengikut arahan doktor serta menghabiskan dos antibiotik yang anda terima untuk mengurangkan masalah ini. Anda dan pasangan disarankan untuk berjumpa doktor bagi mengenal pasti punca jangkitan ini berulang serta menjalani pemeriksaan dan ujian yang sepatutnya bagi merawatnya. Harap dapat ini membantu anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)