
Sulit
4 tahun
Ubat cegah kehamilan dengan segera kerana haid tidak datang
sya 25 tahun sudah melahirkn anak pertama pada bulan september 2020 tetapi bulan ni saya tidak dtng haid sya tkut kerana terlalu dekat dan saya ingin mencegah nya memandang baru lagi bulan ni x datang haid

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut memahami & mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur atau terlambat. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan bayi menggunakan susu ibu
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia disertai gejala kehamilan yang lain
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, disamping itu, kami juga menggalakkan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya agar anda dan suami boleh mula menitikberatkan soal perancangan keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan selanjutnya. Tambahan lagi, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.