
Sulit
5 tahun
Ubat perancang oracol
dokter nak tanya saya ada ambil ubat perancang oralcon tak silap nama nye… and saya stop selama sebulan kerana masalah kesihatan dah sekarang saya sepatutnya period tapi sudah lewat 3hari… tapi saya tak melakukan hubungan intim dengan suami… adakah saya mengandung? nak buat ujian pgnency test saya jadi takut sebab saya baru lepas bersalin 6 bulan lepas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jika anda tidak melakukan hubungan intim, iaitu zakar tidak dimasukkan lansung ke dalam faraj, anda tidak mempunyai risiko kehamilan. Namun, bagi mengecualikan, anda harus menjalankan UPT sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu haid lewat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.