
ieranadira11
5 tahun
Ubat selsema untuk bayi
Saya berikan anak saya berusia 6 bulan ubat adezio untuk selsema. Adakah ia selamat untuk bayi 6bulan mengambilnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan/tuan, ubat adezio ataupun lebih dikenali sebagai Cetrizine mengandungi bahan seperti antihistamine serta anti-alahan (antiallergics). Indikasi untuk ubat ini adalah seperti berikut:
- Alahan kepada makanan ataupun persekitaran
- Hidung dan mata berair
- Selsema ataupun bersin
- Gatal
Secara amnya, ubat ini selamat diambil untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, namun doktor perlu untuk memastikan bahawa simptom yang dialami adalah betul. Selain itu, dose ubat juga perlu dititikberatkan dan perkara ini dapat dilakukan dengan mengetahui tahap kesakitan, sejarah sakit, berat dan banyak lagi perkara.
Kesan sampingan yang mungkin dialami oleh pesakit dalah seperti berikut:
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.