
Anonymous
6 tahun
Ubat untuk penyakit syphilis
Hi doctor. Saya didapati mengidap penyakit syphilis. Dah is sahkan dari bank darah malaysia. Treatment pun sudah dibuat. Tetapi saya tetap merasakan yang penyakit itu masih ada. Kerana dia bahagian private saya gatal gatal dan ada kudis.
Tolong beri nasihat

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sebagai maklumat umum, Treponema pallidum boleh memulakan jangkitan apabila terdapat penyebaran bakteria yang berlaku sama ada sentuhan secara terus bersama kawasan berpenyakit semasa hubungan seksual . Sebarang sentuhan yang mengandungi bakteria seperti ciuman, sentuhan mulut, kulit, alat kelamin dan di mana-mana sahaja boleh menyebabkan jangkitan.
Untuk menjawab soalan anda, anda disarankan untuk :
- Elakkan mempunyai pasangan seksual pelbagai / mengamalkan seks yang selamat menggunakan kondom / mengelakkan hubungan seks buat sementara waktu
- Kerap minum air
- mengambil Antibiotik . Tetapi ubatan ini tidak oleh dibeli di farmasi kerana ia memerlukan preskripsi doktor.
- mengambil ujian darah sekali lagi, untuk memastikan tiada bakteria yang tertinggal di dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.