
Sulit
4 tahun
Ubat yang sesuai untuk tangan gatal
Tangan saya gatal-gatal dan tumbuh biji-biji kecil di bahagian jari. Saya tidak pasti apa punca gatal-gatal ini kerana kadang-kadang saya mengalami nya selepas makan dan juga selepas mandi. Apakah ubat yang sesuai untuk sakit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal dan biji-biji pada bahagian jari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan rawatan yang sewajarnya boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.