
Sulit
5 tahun
Ubt utk masalah high BP
Saya ada masalah high bP… norvasc 10mg sesuai utk saya? Saya mencari ubat yang original. Biasa klinik akan bg ubat yg generic. Apa lagi maubcerita… Thanks doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, setiap ubat yang generik mahupun yang original mempunyai indikasi, mekanisme kerja, fungsi dan juga kesan sampingan yang sama. Hal ini kerana kedua jenis ubat mempunyai komponen kimia yang sama. Perbezaannya adalah bahawa ubat original dibuat dan dikaji oleh jenama original tersebut sebelum formula ubat tersebut tersedia untuk digunapakai oleh syarikat lain.
Ubat tekanan darah tinggi terdiri daripada lima kelompok besar iaitu; ACE inhibitor, ARB, Beta blocker, CCA, DIuretics dan lain-lain. Secara umum, pertimbangan pemberian ubat tekanan darah tinggi yang sesuai akan diberikan berdasarkan tekanan darah, masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, paru-paru ataupun buah pinggang, status kehamilan serta kombinasi ubat lain. Secara umum, ubat Norvasc digunakan bagi tujuan merawat
- Tekanan darah tinggi
- Masalah jantung
Menurut undang-undang, ubat Norvasc hanya boleh diberikan dengan preskripsi Pegawai Perubatan Berdaftar iaitu doktor. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.