
Anonymous
5 tahun
Ujian Awal Saringan HIV
Hi Doktor, ingin tahu. Saya lelaki secara tidak sengaja telah receptive fellotia
di rumah urut. Tukang urut secara luaran tiada symptom luka di mulut. Apakah risiko saya menghadapi HIV? Bila tempoh masa paling awal untuk ujian saringan HIV (Ujian Elisa 4 generation). Melalui pembacaan ada yang kata 2 minggu selepas aktiviti berisiko.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, apabila berbincang tentang HIV, terdapat window period HIV yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko dan sebagainya) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda. Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih