
fara
6 tahun
Ujian darah dan Hep B
Hai Dr. saya ibu hamil dan ujian darah saya HbsAg positif. Apa maksudnya Dr. ? Adakah bayi saya akan dijangkiiti juga?

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas pertanyaan anda.
Ujian HbsAg merupakan sejenis ujian untuk mengesan jangkitan virus hepatitis B. Jika keputusan ujian HbsAg anda ialah positif, maka anda telah disahkan menghidap jangkitan virus hepatitis B.
Virus hepatitis B merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan radang hati yang kronik. Jika radang hati tersebut tidak dirawat dengan awal, komplikasi-komplikasi serius seperti kegagalan organ hati dan barah hati boleh berlaku.
Virus hepatitis B merebak melalui cecair badan. Oleh itu, virus hepatitis B boleh disebarkan melalui cara-cara seperti:
- Hubungan kelamin tanpa perlindungan
- Perkongsian jarum dadah
- Pemindahan darah atau produk darah yang tercemar.
Ibu yang menghidap hepatits B juga boleh menyebarkan virus tersebut kepada anak mereka semasa hamil dan semasa proses melahirkan anak. Risiko penyebaran virus hepatitis B dari ibu ke anak adalah sehingga 40%.
Untuk mencegah penyebaran ibu ke anak, ubat antivirus dan vaksin hepatitis B akan diberi kepada anak anda dalam masa 12 jam selepas anak anda dilahirkan.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda dan anak anda. Seperti yang anda telah nyatakan bahawa anda HbsAg positif, ini bermaksud anda telah disahkan sebagai penghidap virus Hepatitis B.
Virus Hepatitis B boleh merebak melalui cecair badan seperti:
- Air liur
- Air mani dan cecair faraj
- Hubungan seksual
- Berkongsi jarum suntikan yang tercemar
- Melalui ibu kepada anak
Anak anda haruslah menerima vaksinasi Hepatitis B dalam masa 12 jam selepas dilahir. Ini akan membantu membina sistem imunisasi anak anda dan melawan ijangkitan virus Hepatitis B.
Vaksin ini akan diberikan dalam 3 dos dalam masa 6 bulan. Anda dinasihatkan untuk memastikan anak anda menerima vaksinasi tersebut kerana vaksin hepatitis B adalah perlindungan yang terbaik untuk anak anda.
Virus Hepatitis B boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati. Terdapat beberapa ubat anti virus yang boleh disarankan oleh doktor anda seperti:
- Lamivudine (Epivir)
- Adefovir (Hepsera)
- Telbivudine (Tyzeka)
- Entecavir (Baraclude)
Ubat-ubatan diatas membantu mengurangkan risiko penyakit hati dan mencegah penularan infeksi kepada orang lain.