
Sulit
3 tahun
Ujian HIV mana yang terbaik?
Hai doktor. Minggu lepas saya ada buat ujian darah HIV. keputusan undetectable. Dr kata saya normal . Dia minta saya berubah dan jgn buat lagi. Saya tanya dia adakah Undetectable sama dgn negative, dr kata sama. Adakah betul? Dan ujian yg digunakan adalah hiv ab/ag combo. Adakah window period masih 3-6bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai ujian darah untuk mengesan HIV. Antaranya :
- nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
- antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
- antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.
Anda telah mengambil ujian darah Antigen/Antibody untuk HIV dan keputusannya menunjukkan undetectable. Maksud undetectable adalah antigen dan antibody untuk HIV tidak dapat dikesan dalam darah anda. Oleh itu, anda tidak mempunyai HIV.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai perkara ini dengan lebih lanjut dan sulit.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.