
Anonymous
5 tahun
Ujian HIV selepas 6 bulan terdedah risiko
Saya ada membuat ujian HIV di makmal ujian klinikal iaitu 5 bulan 20 hari selepas terdedah kepada risiko HIV dan hasilnya non-reactive. Setelah itu pada genap 6 bulan, saya dapati kalenja limpa saya mula bengkak, saya batuk dan demam iaitu seolah-olah tanda-tanda jangkitan. Saya lakukan ujian sekali lagi pada 6 bulan 5 hari selepas risiko dan hasilnya masih non-reactive. Adakah saya masih perlu menjalankan ujian pengesanan sekali lagi kerana gejala-gejala seperti kebas pada kaki, kulit mengelupas apabila terkena panas terjadi pada saya sekarang ini. Atau adakah ianya disebabkan tekanan perasaan yang melampau akibat kerisauan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, walaupun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Sekiranya hasil pemeriksaan adalah negatif pada hari ke-90, rekomendasi CDC mengatakan bahawa hasil ini adalah tepat.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan hasil pemeriksaan yang bersifat kualitatif seperti diatas anda boleh meminta untuk dilakukan pemeriksaan kuantitatif. Merujuk kepada gejala-gejala yang anda alami, terdapat banyak kondisi yang boleh menyebabkan keadaan tersebut, antaranya:
- jangkitan kuman
- jangkitan virus
- stress
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih