Sulit
5 tahun
Ujian kehamilan mengunakan alat yg di beli dia farmasi
Sy baru sahaja berkahwin dalam 3 bulan. 2 bulan sy tidak datang period. Saya juga telah membuat ujian kehamilan yang saya beli dia farmasi dan result dia adalah negative. Tepat ke result dari alat tersebut. Berapa lama sy boleh tahu untuk check kehamilan. Sy telah menbuat ujian sebanyak 5kali dan semua adalah negative. Adakah normal sy mengalami masalah period selepas berkahwin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian kehamilan boleh dibuat seawal 1-2 minggu selepas tarikh akhir haid anda. Jika ujian UPT anda negatif ia boleh bermaksud:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya ujian kehamilan anda masif negatif anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara lanjut dan privasi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























