
Sulit
3 tahun
Ulcer di kemaluan yang menyebabkan kepedihan apabila kencing dan terkena air
Saya wanita kepada 3 org anak…saya mempunyai masalah ulcer di kemaluan…adakah ianya jangkitan kelamin?dan macam mana cara ingin comfirmkan jenis pykit sya?melalui ujian darah kah?besar kemungkinankah saya dapat dari psangan sy?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui jika masalah anda berpunca daripada jangkitan kelamin, ujian darah adalah ujian yang perlu dilakukan. Namun begitu, terdapat beberapa maklumat yang perlu diperolehi sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini. Anda disarankan untuk ke klinik untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!